Sejuta Kesyukuran, Sejuta Penghargaan

Sempena meraikan 1 juta subscribers di saluran Youtube, Neurotic Studio akan menganjurkan FIESTA SEJUTA yang bakal berlangsung sepanjang Oktober 2023. Pelbagai aktiviti menarik termasuk pelancaran album Halim Ahmad ‘SEJUTA’, Sejuta Live Music, dan pelbagai peraduan dan cabaran dengan hadiah wang tunai bejumlah RM 8,000 untuk dimenangi.

Neurotic Studio merupakan sebuah syarikat rakaman tempatan yang giat menghasilkan produk audio Islamik seperti nasyid, zikir, doa, selawat, bacaan Al Quran dan lain-lain. Ia diasaskan oleh Halim Ahmad, seorang penyanyi nasyid solo. Hampir keseluruhan bacaan atau alunan di dalam youtube ini dirakamkan dan diterbitkan sendiri oleh Halim Ahmad.

Berkat sokongan dan doa para penyokong sekalian, saluran Youtube Neurotic Studio kini hampir mencecah 1 juta subscribers dan menjadi satu-satunya saluran youtube artis nasyid Malaysia yang mencapai angka yang cukup membanggakan ini.

Penaja Bersama

Jom Sertai Aktiviti-Aktiviti Menarik Berikut !
Bermula 1 hingga 25 Oktober 2023 (berakhir jam 12:00 tghr). 
Keputusan akan diumumkan pada 27 oktober 2023 jam 9:00 mlm di Facebook & Tiktok Live “Halim Ahmad”

1: Tiktok Challenge

2: Doa Cover Challenge

3: Zikirlah Anakku

4: Sejuta Kata Challenge

5: Hai Anak Challenge

1: Tiktok Challenge

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai akaun Tiktok
  2. Hasilkan apa sahaja video dengan menggunakan lagu TERLALU RINDU (Artis : Halim Ahmad) sebagai latar belakang
  3. Durasi video tidak melebihi 1 minit.
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghasilkan 1 video sahaja
  5. Pemenang akan dinilai berdasarkan kreativiti, feel, kesesuaian & keunikan
  6. Wajib sertakan hashtag #SejutaTiktokChallenge pada ruangan caption
  7. Pastikan akaun Tiktok anda tidak ‘private’ supaya video dapat dicari
  8. Audio lagu TERLALU RINDU boleh diambil daripada link ini : https://vt.tiktok.com/ZSNRaPLwD/

♦ HADIAH PERTAMA : RM 500 + Hadiah Penaja Bersama
♦ HADIAH KEDUA : RM 300 + Hadiah Penaja Bersama
♦ HADIAH KETIGA : RM 200 + Hadiah Penaja Bersama

2: Doa Cover Challenge

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berbakat dalam bidang seni suara
  2. Rakam video cover lagu DOA ISTIKHARAH (Artis : Halim Ahmad) samada secara acapella, akustik, diiringi perkusi ataupun live band
  3. Boleh secara solo atau berkumpulan
  4. Video nyanyian mestilah dirakamkan secara ‘live’, bukan miming
  5. Durasi video tidak melebihi 4 minit
  6. Pemenang akan dinilai berdasarkan kreativiti, sedap didengari, feel dan kesesuaian
  7. Upload video anda samada di Instagram, Facebook atau Tiktok
  8. Wajib sertakan hashtag #DoaCoverChallenge pada ruangan caption
  9. Pastikan akaun media sosial anda tidak ‘private’ supaya video dapat dicari
  10. Audio lagu DOA ISTIKHARAH boleh rujuk di sini : https://www.youtube.com/watch?v=OUvhysIO3bg

♦ HADIAH PERTAMA : RM 1000 + Hadiah Penaja Bersama
♦ HADIAH KEDUA : RM 600 + Hadiah Penaja Bersama
♦ HADIAH KETIGA : RM 400 + Hadiah Penaja Bersama

3: Zikirlah Anakku

  1. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah
  2. Rakam video aksi anak-anak mengalunkan zikir, selawat atau doa daripada channel youtube Neurotic Studio
  3. Video boleh dibuat secara individu atau berkumpulan
  4. Persembahan boleh dibuat samada secara acapella atau diiringi muzik
  5. Durasi video hendaklah di bawah 1 minit
  6. Markah dikira berdasarkan jumlah like (50%) dan jumlah view (50%) tertinggi melalui satu video sahaja
  7. Video boleh dimuat naik samada di Instagram, Facebook atau Tiktok
  8. Pastikan akaun media sosial anda tidak ‘private’ supaya video dapat dicari
  9. Jika didapati terdapat video yang sama di platform yang berbeza, jumlah like & view tertinggi akan diambil kira
  10. Pastikan kemunculan anak-anak tersebut telah dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga dan mendapat kebenaran
  11. Wajib sertakan hashtag #ZikirlahAnakku pada ruangan caption
  12. Rujuk mana-mana zikir, selawat atau doa di channel youtube Neurotic Studio di sini : https://www.youtube.com/@neuroticstudio

♦ 5x HADIAH PERTAMA : RM 200 + Hadiah Penaja Bersama

4: Sejuta Kata Challenge

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang suka menghasilkan video perkongsian, motivasi, tazkirah dan kata-kata positif
  2. Rakam video anda memberikan perkongsian samada bertemakan cinta, rindu, atau ketuhanan
  3. Video mestilah dibuat secara individu
  4. Rakaman mestilah dibuat secara ‘live’, dibenarkan cut video bertujuan mencukupkan masa atau diisi dengan gambar atau video berkaitan untuk menjadikan video lebih menarik
  5. Voice over tidak dibenarkan
  6. Durasi video tidak melebihi 5 minit
  7. Pemenang akan dinilai berdasarkan cara penyampaian yang berkesan, unik, memukau dan content yang menarik
  8. Upload video anda samada di Instagram, Facebook atau Tiktok
  9. Wajib sertakan hashtag #SejutaKataChallenge pada ruangan caption
  10. Pastikan akaun media sosial anda tidak ‘private’ supaya video dapat dicari

♦ HADIAH PERTAMA : RM 500 + Hadiah Penaja Bersama
♦ HADIAH KEDUA : RM 300 + Hadiah Penaja Bersama
♦ HADIAH KETIGA : RM 200 + Hadiah Penaja Bersama

5: Hai Anak Pre School Challenge

  1. Terbuka kepada semua pengusaha pusat asuhan kanak-kanak di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
  2. Rakam video aksi anak-anak di pusat asuhan mempersembahkan lagu HAI ANAK (Artis : Halim Ahmad)
  3. Video mestilah dibuat secara berkumpulan
  4. Persembahan boleh dibuat samada menyanyi secara acapella, minus one, diiringi live music ataupun miming
  5. Durasi video tidak melebihi 5 minit
  6. 50% pemarkahan berdasarkan jumlah like & view tertinggi melalui satu video di satu platform sahaja
  7. Baki 50% markah dinilai berdasarkan kreativiti & persembahan yang menarik
  8. Video boleh dimuat naik samada di Instagram, Facebook atau Tiktok
  9. Pastikan akaun media sosial anda tidak ‘private’ supaya video dapat dicari
  10. Jika didapati terdapat video yang sama di platform yang berbeza, jumlah like & view tertinggi akan diambil kira
  11. Pastikan kemunculan anak-anak asuhan di dalam video tersebut telah dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga dan mendapat kebenaran
  12. Wajib sertakan hashtag #HaiAnakChallenge pada ruangan caption
  13. Audio lagu HAI ANAK boleh rujuk di sini : https://www.youtube.com/watch?v=8MtZqqP2Yfc

♦ 3x HADIAH PERTAMA : RM 1000