• Tarikh : 13 Ogos 2020 (Khamis)
• Masa : 9:00-11:00 malam
Ini adalah kelas online. Tidak ada lokasi untuk dihadiri. Para peserta hanya perlu memuat turun aplikasi ZOOM & link untuk join akan diberikan sebelum kelas bermula.
*Kelas ini mengandungi slide presentation untuk memudahkan pemahaman
*Jika peserta menarik diri sebelum kelas diadakan hanya 50% bayaran dikembalikan
*Video rakaman kelas akan diberi kepada setiap peserta yang mendaftar walaupun jika tidak dapat hadir secara online
Assalamu’alaikum. Saya Halim Ahmad seorang penyanyi nasyid solo & juga anggota kumpulan nasyid Devotees yang telah ditubuhkan sejak tahun 2005. Antara lagu-lagu kami yang popular ialah Kekasih, Mahar Cinta, Tika Dinihari dan banyak lagi. Kami telah menerbitkan lebih 6 buah album, menyertai program TV Astro Gema Gegar Vaganza musim ke-2, berpengalaman mengadakan persembahan di seluruh negara dan juga luar negara termasuklah Thailand, Singapura, Kemboja, dan Korea Selatan.
Saya aktif sebagai penyanyi solo sejak tahun 2010 dan sehingga kini beberapa karya saya telah berjaya menjadi ‘masterpiece‘ yang diminati ramai iaitu lagu Dalam Sujud Cintaku, Hai Anak, Kekasih, dan yang terbaru Lembaran Juzuk Cinta.
Saya melihat perkembangan industri muzik mainstream yang pesat dengan kemunculan ramai artis BBNU. Tidak ketinggalan nasyid juga sebenarnya banyak melahirkan bakat-bakat baru cuma strateginya mungkin kurang tepat sehinggakan sukar untuk mereka mendapat perhatian.
Oleh sebab itu saya terfikir untuk mewujudkan satu online course selama lebih kurang 2 jam di mana saya akan curahkan segala pengetahuan dan pengalaman saya sepanjang tempoh ini.
Saya telah menyusun silibus yang lengkap dari sudut produksi dan pemasaran supaya anda boleh terus shortcut dengan meminimumkan kerugian modal & masa. Kelas online ini akan dibuat menggunakan aplikasi Zoom.
Saya tahu ramai yang nak jadi artis nasyid, cuma tak tahu nak mula dari mana. Kadang-kadang mereka tersalah jumpa orang untuk beri nasihat. Ada yang beri tunjuk ajar nampak macam banyak pengalaman tapi rupanya itu cerita lama, tak relevan untuk digunapakai zaman sekarang. Ada yang sembang kemas tapi bila ditanya ada karya yang boleh dijadikan rujukan, jawapannya tiada. Ada juga orang yang ambil kesempatan nak kikis duit kita dengan menipu atau tidak jujur memberikan komen.
Ramai juga sebenarnya yang dah melabur banyak tapi pelik kenapa lagu masih tak dapat sambutan. Bila kita check baru tahu rupa-rupanya tersalah strategi. Oleh sebab itu saya cuba untuk berkongsi semua ilmu & pengalaman yang saya ada dengan generasi baru sebab saya seorang yang aktif berkarya dan mengkaji trend pendengar sehingga kini. Jadi anda tak perlu risau kerana ilmu yang diterima nanti UP-TO-DATE!
Kalau dulu zaman saya mula jadi artis nasyid kami kena hadiri audition, mesti cukup syarat untuk diterima jadi artis rakaman. Tapi sekarang lebih mudah. Semuanya boleh dilakukan sendiri tanpa syarikat rakaman. Cuma nak kena cara yang betul sahaja baru menjadi.
Apa yang saya akan kongsikan sepanjang sesi pembelajaran online nanti ialah berdasarkan pengalaman saya ketika diuruskan bersama kumpulan, pengalaman sendiri sepanjang bergerak solo, dan juga apa yang dikongsikan oleh rakan artis lain yang telahpun berjaya.
• Tarikh : 13 Ogos 2020 (Khamis)
• Masa : 9:00-11:00 malam
Ini adalah kelas online. Tidak ada lokasi untuk dihadiri. Para peserta hanya perlu memuat turun aplikasi ZOOM & link untuk join akan diberikan sebelum kelas bermula.
*Kelas ini mengandungi slide presentation untuk memudahkan pemahaman
*Jika peserta menarik diri sebelum kelas diadakan hanya 50% bayaran dikembalikan
*Video rakaman kelas akan diberi kepada setiap peserta yang mendaftar walaupun jika tidak dapat hadir secara online
Kita sebagai artis atau penyanyi, sudah tentu yang kita jual ialah lagu. Kalau kita pergi show tapi nyanyikan lagu orang lain, ia ibarat kita tolong jual produk orang lain. Satu kerugian kalau kita takde lagu sendiri yang popular dan dikenali. Itulah yang saya akan kongsikan nanti dalam online course ini bagaimana nak pilih lagu dengan tepat & popularkannya. Alhamdulillah saya dah apply strategi tersebut untuk diri sendiri & hasilnya saya buat persembahan tanpa perlu lagi nyanyi lagu orang lain hatta lagu kumpulan saya sendiri sekalipun. Malah kadang-kadang peminat sendiri request lagu solo saya semasa kita show berkumpulan !
Mungkin ada yang berfikiran “Ala Halim tu dah ada kumpulan, dah pernah popular, senang la nak naik..“
Tidak ! Saya mula bergerak menghasilkan karya solo pada tahun 2010 dengan lagu bertajuk Dalam Sujud Cintaku. Semuanya saya buat sendiri & saya tak gunakan langsung nama kumpulan saya untuk jual lagu ni. Tapi alhamdulillah lagu ni mula diterima ramai sehingga jadi finalis Anugerah Nasyid IKIM 2014.
Selepas itu saya mula membina jenama Halim Ahmad secara perlahan-lahan, saya kumpulkan ilmu berdasarkan try & error. Banyak juga strategi yang gagal. Tapi kerana kegagalan-kegagalan itulah saya belajar banyak perkara & saya ingin kongsikan dengan anda semua.
Nak tahu apa lagi yang best lepas lagu kita dah dikenali ? Itulah dia peluang untuk lagu dijadikan soundtrack drama/filem! Menarik & sangat mengujakan bukan ? Itulah yang saya rasa masa pertama kali lagu saya dilamar oleh produksi tempatan untuk dijadikan soundtrack. Seronok sangat. Secara tak langsung kita akan dapat peminat baru dari kalangan para penonton drama/filem tersebut.
• Tarikh : 13 Ogos 2020 (Khamis)
• Masa : 9:00-11:00 malam
Ini adalah kelas online. Tidak ada lokasi untuk dihadiri. Para peserta hanya perlu memuat turun aplikasi ZOOM & link untuk join akan diberikan sebelum kelas bermula.
*Kelas ini mengandungi slide presentation untuk memudahkan pemahaman
*Jika peserta menarik diri sebelum kelas diadakan hanya 50% bayaran dikembalikan
*Video rakaman kelas akan diberi kepada setiap peserta yang mendaftar walaupun jika tidak dapat hadir secara online
Dulu saya sempat merasa jualan album berbentuk kaset dan CD. Saya sendiri pergi belajar cara menguruskan cetakan CD daripada proses design sehingga siap dicetak. Tapi sekarang dunia lebih maju, semuanya secara digital dan online sahaja. Juga dalam online course nanti saya akan kongsikan cara menjual lagu di platform-platform digital ini. Bila sudah ada lagu sendiri yang diletakkan di rak-rak digital ini barulah terasa artis gitu!
Ini antara contoh video-video yang telah saya hasilkan samada videoklip rasmi, video demo, ataupun nyanyian secara akustik yang mencapai jumlah view yang memberangsangkan. Hampir kesemua video ini dihasilkan sendiri tanpa perlu ramai krew atau modal besar. Yang penting strategi yang tepat.
Cuba tengok ni. Lagu Kekasih yang saya lancarkan di Youtube mencecah lebih 100,000 views dalam tempoh 24 jam! Tak berapa lama lepas tu terus masuk senarai trending Youtube.
Dari situ saya mula mengkaji cara-cara yang menyebabkan video berpotensi untuk trending & viral.
Ini contoh terbaru. Saya hasilkan lagu duet bersama seorang penyanyi nasyid baru. Alhamdulillah dengan strategi yang tepat dalam tempoh 24 jam dilancarkan di Youtube lagu ni telah mencecah 40,000 views. Sehingga kini jumlah views telah melebihi setengah juta dan sentiasa bertambah setiap hari.
Kalau kita perhatikan agak sukar untuk lagu-lagu nasyid baru dikenali. Orang lebih suka membandingkan dengan lagu-lagu nasyid zaman dulu. Tapi kami berjaya buktikan bahawa dengan perancangan yang tepat, insyaAllah ianya tidak sesusah mana untuk menjadi artis nasyid yang dikenali.
Tambah best lagi bila peminat selalu request lagu ini di radio, setiap hari tag kami di Instagram bila mereka dengar lagu ini, dan juga di Youtube ada ramai orang buat video reaction dan berikan komen positif.
• Tarikh : 13 Ogos 2020 (Khamis)
• Masa : 9:00-11:00 malam
Ini adalah kelas online. Tidak ada lokasi untuk dihadiri. Para peserta hanya perlu memuat turun aplikasi ZOOM & link untuk join akan diberikan sebelum kelas bermula.
*Kelas ini mengandungi slide presentation untuk memudahkan pemahaman
*Jika peserta menarik diri sebelum kelas diadakan hanya 50% bayaran dikembalikan
*Video rakaman kelas akan diberi kepada setiap peserta yang mendaftar walaupun jika tidak dapat hadir secara online
PENGENALAN
(Kenapa nasyid menjadi genre yang paling luas & menarik untuk dipilih)
PERSIAPAN MENJADI SEORANG ARTIS
(Bagaimana menggilap & melahirkan artis nasyid dengan pakej yang lengkap)
CASE STUDY
(Analisis contoh-contoh artis yang berjaya & kurang berjaya serta sebab-sebabnya)
STRATEGI NASYID
(Tips dan rahsia bagaimana untuk lebih dikenali, memilih lagu dengan tepat, perkara-perkara yang perlu dielakkan, bagaimana membina team yang power untuk hasil yang power, bagaimana menjadi ‘next level’ nasyid)
VIRAL & TRENDING
(13 Tips untuk membuatkan lagu viral & trending)
CARA BUAT DUIT DENGAN NASYID
(Penghasilan royalti, persembahan dan lain-lain)
1) Mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan nasyid
2) Mereka yang sudahpun ada kumpulan nasyid ataupun solo, tetapi belum ada lagu sendiri. Contohnya nasyid sekolah & universiti
3) Kumpulan nasyid baru atau solo yang dah pernah terbitkan album atau single, tapi masih tidak dikenali & nak belajar rahsia bagaimana cepat mencipta nama
4) Penasyid lama yang nak belajar strategi marketing zaman baru supaya kekal relevan
Tahu tak saya dah berhabis belasan ribu ringgit (mungkin puluhan) serta masa yang terbuang untuk belajar strategi ini sehingga ke tahap sekarang ? Jadi apa yang saya ingin katakan ialah hanya dengan RM70 anda pasti akan berpuas hati kerana apa yang diajarkan sepanjang online course nanti sangat padat & penting untuk membina karier nasyid anda. Kalau diikutkan harga ilmu & pengalaman yang dikongsikan ini nilaiannya ratusan ringgit, tapi sebagai menggalakkan lebih ramai bakat baru nasyid muncul, saya hanya buka kelas dengan harga serendah RM70 sahaja. Itu tersangatlah murah berbanding keluarkan single bernilai ribuan ringgit tapi view sendu & orang masih tak kenal siapa kita.